Sunday, May 24, 2009

aku budak sekolah I

which one is better..my life as a student or student life...

dulu abang aku pena berkata...pengalaman paling manis time belajar adalah time sekolah...mulai dari saat itu..aku menggap semuanya adalah kenangan manis ketika sekolah...

pengalaman manis aku..semasa aku sekolah

-mendapat keputusan yang menggembirakan n membanggakan aku..(bagi aku..walaupun bukan straight A cam korang2 semua..tapi aku sangat puas hati..)..bagi aku dalam kita mengejar ilmu n sesuatu yang memberi kita pengetahuan n pengalaman biarla kita lakukan atas minat, kerelaan n kepuasan untuk diri sendiri..sebab abg aku pena berkata..segala keputusan ditgn ko..sebab, ko yang jaga diri ko n nyawa ko bukan orang len bukan monyet atau tapir..tetapi diri sendiri..
- disekolah juga aku mengenal erti persahabatan..terlalu ramai kawan kita di dunia ni..tapi pernakah ko bertemu seseorang yang terlalu ikhlas berkawan dengan ko..terpancar cahaya keikhlasan di matanya n tidak pernah jemu berada d cc ko tidak kira apa jua keadaan. Walau ko disingkir n dipulaukan teman2 len..ketawa, menangis, jatuh n bangun bersama...

pernah satu hari, cikgu mengedarkan borang matrix...aku hanya mampu melihat teman2 mengisi borang..sedang aku hanya tertunduk n berdiam diri..kerna pada masa itu..aku tidak mampu membeli borang masa depan yang berharga RM10 itu..melihat teman2 mengisi borang aku hanya tersenyum bahagia melihat ketrujaan mereka..sehinggala shbtku itu bertanya..

jamila : napa ko xbeli borang yin?
dengan selamba n tersenyum aku menjawab..
yin : xda duit..

kemudian kami berdua diam seketika...beberapa ketika kemudian aku terus melupakan kesedihan yang menyelebungi dengan melukis d buku latihan...lalalala~~aku memang suka melukis model...n memenuhkan lukisan entah apa2 d meja belajarku..

sehinggalah pada suatu hari, jamila datang memberi aku borang matrix..aku hairan..bagaimana dia mendapat borang tersebut..tapi aku hanya berdiam..dia hanya mengatakan..cikgu suruh bayar kemudian..aku tanpa berfikir panjang..terus mengisi n menyediakan segala dokumen yang diperlukan..seminggu aku mengambil masa untuk proses tersebut. Selepas selesai menghantar borang tersebut..jamila membuat confession mengatakan bahawa dia yang membelikan borang tersebut untuk aku...dia sengaja tidak mengkhabarkan lebih awal..bimbang aku akan menolaknya..aku hanya tersenyum..dan berkata.."aku tau..makasi jam",..tika itu xda kata dapat digambarkan perasaan terharu aku terhadap seorang sahabat..

dipendekkan cerita..ketika aku berada d PLKN, aku dikhabarkan mendapat tempat di matrix..perasaan tika itu terlalu gembira ang amat sngat..aku sedar result aku tidak berapa baik, tapi aku mc mendapat tempat..tp yang menyedihkan..jamila tercicir..tika itu, aku rasa dunia kosong..x dpt membygkan belajar bersama tanpa jamila..n betapaa terhutang budinya aku dengan jamila..tanpa dia, mungkin aku tidak sampai ke tahap sekang ni..

tapi semuanya terbalas, bila mana jamila mendapat tempat di UITM shah alam untuk ijazah, tetapi niatnya terbantut dek kala tiada wang yang mencukupi untuk membeli tiket kapal terbang..yg ada hanya duit yuran..aku tanpa fikir panjang terus memberikan wang yang diperlukannya tanpa memikrkan hutang aku yang menyebabkan keputusan semester aku di
tahan.aku dimarahi oleh kakak n ibuku..atas tindakan aku..aku lebih bersifat berdiam diri..aku tau apa aku buat..

kini, kami 2,2 menyambung degree..aku puas hati dapat membalas budinya..tauka bagaimana orangnya jamila itu?beliau anak kedua dari 3 orng adik beradik. Membesar tanpa ayah d cc.sampai skang dia xtau ayah dia mc hidupka x. Mempunyai sakit jantung tahap kritikal n bila2 masa ja bole gone..semasa convo diploma, hari sepatutnya dia nek pentas, dia telah terkulai layu d bawah pentas..sehinggalah dia disahkan darahnya dijangkiti kuman..darah putihnya memakan darah merahnya dengan sangat aktif sekali sampai ke jantung..sehingga dia terpaksa membatalkan tiket pulang ke sabah akibat penyakitnya..aku menyangka dia akan berenti belajar. tetapi dia mc gagah menyambung degreenya sampai skang..aku hanya tersenyum melihat kedegilannya..dia memang jamila osman.

mulanya entry ni untuk student life..tetapi memandangkan ianya panjang sangat..so aku akan buat secara bersiri..pasni siri apa pula?cinta monyet? ponteng kelas? tomboy? atau aku budak asrama?..lalalala...nantikan episod seterusnya..walaupun anda pernah mengalami kejadian yang sama..bukanla untuk mengshow off sepenuhnya..tetapi hanya berkongsi cerita n pengalaman...pengalaman mendewasakan kita...aku akui, aku membesar melalui penceritaan pengalaman abangku yang sedikit sebanyak mempengaruhi corak kehidupanku sebagai student di perantauan..hehehe...tidak salah aku kongsikannya bersama kalian..hehehe...

4 comments: